betoii ke dia nie???siap bagi nota misteri..."BETA" nama gelaran dia....aduh makin takot tgk manusia sebegini nieh...ari tue ORANG MINYAK...now kes cam nie lak...pas nie ape lagi drg nak buat!!!
Petikan dari Berita 2U.com
IPOH: Tindakan seorang lelaki yang memecah masuk beberapa rumah penduduk sebelum meninggalkan nota misteri dan seluar dalam yang sudah dipakainya, menggemparkan penduduk sekitar Gunung Rapat dan Taman Silibin, di sini.
Lelaki itu didakwa sengaja menakutkan-nakutkan penduduk kerana kandungan nota yang diletakkan memaklumkan dia akan datang semula ke rumah mangsa pada lewat malam.
Setakat ini, tiga gangguan dikesan dilakukan suspek di sekitar kawasan berkenaan termasuk kejadian terbaru, membabitkan rumah seorang pensyarah wanita di Gunung Rapat, semalam.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nonie, 37, berkata dia hanya menyedari rumahnya diceroboh suspek ketika bangun daripada tidur untuk menyiapkan persekolahan anaknya pada jam 6 pagi. Menurutnya, pembantu rumah yang menyediakan sarapan di dapur memberitahu dia mendapati ada kertas diselitkan di bawah pintu belakang rumah.
<nak2 nie sume area berdekatan kawasan umah Vel nie..minta2 polis dpt cekop dia nie..menganggu ketenteraman awm betoii>
Biaq betoi...
ReplyDeleteDekat Gunung Rapat??
betoii laa....aik x tgk news ke!!!
ReplyDelete